keutamaan-keutamaan al-qur'an
1) Kelebihan al-Quran
a-Tiada keraguan padanya. Firman Allah SWT:
yذَلِكَ الكِتاَبُ لاَ رَيْبَ فِيْهِ هُدًى لِلْمُتَّقِيْن
2. Kitab[11][4] (Al Quran) Ini tidak ada keraguan padanya;
petunjuk bagi mereka yang bertaqwa[12],[5]
(Surah Al-Baqarah:2)
b-Al-Quran Mengeluarkan
Manusia dari Kekufuran kepada Petunjuk.
Firman Allah Taala:
الر كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ
إِلَيْكَ لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ
رَبِّهِمْ إِلَى صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ (١)
1. Alif, laam
raa. (Ini adalah) Kitab yang kami turunkan kepadamu supaya kamu mengeluarkan
manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang benderang dengan izin Tuhan
mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan yang Maha Perkasa lagi Maha Terpuji.
[Surah Ibrahim: 1]
c-Mengangkat martabat
manusia menjadi yang terbaik. Sabda Nabi SAW:
Dari Ali RH & Othman RH, Sabda Nabi SAW:
خَيرُكُم مَن تَعَلَّمَ القُرآنَ
وَعَلَّمَهُ
[ (خ ت) عن علي رضه (حم د ت هـ) عن عثمان
رضه. (صح): صحيح البخاري]
(Orang yang terbaik di kalangan kamu ialah mereka yang mempelajari Al-Quran
dan mengajarnya (kepada orang lain)
[HR al-Bukhari, Abu Daud, At-Tarmizi, Ibnu
Majah & Ahmad]
خِيَارُكُم مِن تَعَلَّمَ القُرآنَ
وَعَلَّمَهُ
[ (هـ) عن سعد رضه.(صح): الجامع الصغير(3982)، الصحيحة (1171)]
Mereka yang terbaik dari kalangan kamu ialah mereka yang belajar Al-Quran
dan mengajarnya
[HR. Ibnu Majah: Hadis
ini dinilai sahih oleh Imam Sayuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 3982) & Al-Albani
(Silsilah Al-Ahadith As-Sohihah: 1171)]
d-Mengeluarkan manusia
daripada kekufuran kepada Petunjuk.
Firman Allah Taala:
الر كِتَابٌ أَنْزَلْنَاهُ إِلَيْكَ
لِتُخْرِجَ النَّاسَ مِنَ الظُّلُمَاتِ إِلَى النُّورِ بِإِذْنِ رَبِّهِمْ إِلَى
صِرَاطِ الْعَزِيزِ الْحَمِيدِ
1. Alif, laam raa. (Ini adalah) Kitab yang kami turunkan kepadamu
supaya kamu mengeluarkan manusia dari gelap gulita kepada cahaya terang
benderang dengan izin Tuhan mereka, (yaitu) menuju jalan Tuhan yang Maha
Perkasa lagi Maha Terpuji.
(Surah
Ibrahim: 1)
e-Menyelamatkan
manusia daripada seksa neraka. Sabda Nabi SAW:
Allah tidak akan mengazab hati yang menghafal al-Quran
(Hadis Riwayat
Al-Bukhari)
f-Menjadi syafaat kepada
pembaca yang beramal dengan hukum-hakamnya.Sabda Nabi SAW:
اقْرَأُوا القُرآنَ.فَإِنَّهُ
يَأْتِيْ يَوْمَ القِيَامَةِ شَفِيْعًا لأَصْحَابِهِ...
Bacalah al-Quran sesungguhnya al-Quran akan datang memberikan syafaat
kepada pembacanya.
(Hadis riwayat Muslim)
Dari Ibnu Omar RH, Sabda Nabi SAW:
الصِّيَامُ وَالقُرآنُ يَشْفَعَانِ لِلعَبْدِ
يَومَ القِيَامَةِ، يَقُولُ الصِّيَامُ: أَيْ رَبِّ، إِنِّيْ مَنَعْتُهُ
الطَّعَامَ وَالشِّهَوَاتِ بِالنَّهَارِ فَشَفِّعْنِيْ فِيْهِ، وَيَقُولُ
القُرآنُ: رَبِّ مَنَعتُهُ النَّومَ بِالَّليْلِ فَشَفِّعْنِيْ فِيْهِ،
فَيُشَفَّعَانِ.
[(حم طب ك هب)
عن ابن عمر رضهما.(صح): الجامع الصغير(5203)، صحيح الترغيب (983)]
Puasa dan Al-Quran akan memohon syafaat kepada seseorang hamba pada Hari
Qiamat. Puasa berkata: Wahai Tuhan! Sesungguhnya aku telah menegahnya makan dan
nafsu syahwat dengan Api Neraka. Berikanlah syafaat kepadanya. Al-Quran
berkata: Wahai Tuhan! Aku telah menegahnya dari tidur malam. Berikanlah syafaat
kepadanya. Lalu hamba itu diberi syafaat.
[HR. Ahmad, At-Tabrani, Al-Hakim &
Al-Baihaqi: hadis dinilai sahih oleh Imam As-Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 5203)
& Al-Albani (Sohih At-Targhib: 983)]
Menurut Syeikh Dr. Mustafa Bugha et al. maksud pembaca di sini
bukan setakat membaca tetapi beramal juga dengan hukum hakamnya (Kitab Nuzhah al-Muttaqeen, Dr. Mustafa Bugha
et al (hlm.5/Jil.1), Muassasah al-Resalah, Beirut, Lubnan)
f-Al-Quran akan
berhujah di depan Allah untuk membela pembaca yang beramaldengannya. Sabda Nabi SAW:
Akan dihadapkan
manusia di hadapan Allah di Hari Qiamat dengan al-Quran yang diamalkannya
dimulai oleh Surah al-Baqarah kemudian Surah Ali ‘Imran. Kedua-duanya akan
berhujah mewakili pembaca yang beramal dengannya.
(Hadis riwayat Muslim)
g-Mukmin yang membaca
al-Quran mendapat kedudukan tertinggi. Sabda Nabi SAW:
مَثَلُ المُؤْمِنِ الَّذِيْ يَقْرَأُ
القُرآنَ مَثَلُ الأُتْرُجَّةِ. رِيْحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا طَيِّبٌ.وَمَثَلُ
المُؤْمِنِ لاَ يَقْرَأُ القُرآنَ مَثَلُ التَّمرَةِ لاَ رِيْحَ لَهَا وَطَعْمُهَا
حُلْوٌ.وَمَثَلُ المُنَافِقِ الَّذِيْ يَقْرَأُ القُرآنَ مَثَلُ الرَّيْحَانَةِ
رِيْحُهَا طَيِّبٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ.وَمَثَلُ المُنَافِقِ لاَ يَقْرَأُ القُرآنَ
كَمَثَلِ الحَنْظَلَةِ لَيسَ لَهَا رِيْحٌ وَطَعْمُهَا مُرٌّ.
Perumpamaan seorang
mukmin yang membaca al-Quran itu seperti al-utrujjah ; baunya wangi rasanya
juga sedap. Mukmin yang tidak membaca al-Quran adalah seperti buah kurma; tiada
bau tetapi rasanya manis. Munafiq yang membaca al-Quran pula seperti raihanah;
baunya wangi tetapi rasanya pahit. Munafiq yang tidak membaca al-Quran pula
seperti labu pahit; baunya tiada rasanya pula pahit
(Hadis Muttafaq ‘alaih)
(Al-utrujjah merupakan sejenis buah yang berbau wangi serta
sedap rasanya. Raihanah pula merupakan sejenis tumbuhan (Dr. Mustafa Bugha et. al, Kitab Nuzhah
al-Muttaqeen-Syarah Riyadh al-Soleheen Imam Nawawi)
g-Mengamalkan al-Quran akan memuliakan sesebuah bangsa. Sabda Nabi SAW:
Dari Omar Al-Khattab RH, Sabda Nabi SAW:
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَرْفَعُ
بِهَذَا الكِتَابِ أَقْوَامًا، وَيَضَعُ بِهِ آخَرِيْنَ.
[(م هـ) عن عمر
رضه.(صح): صحيح مسلم]
Sesungguhnya Allah akan mengangkat martabat sesuatu kaum yang beramal
dengan al-Quran dan menghina kaum yang tidak beramal dengannya
[HR. Muslim & Ibnu Majah]
h-Terpelihara daripada sebarang perubahan. Firman Allah SWT:
إِنَّا نَحْنُ نَزَّلْنَا الذِّكْرَ وَإِنَّا لَهُ لَحَافِظُونَ
(٩)
Sesungguhnya Kami-lah yang menurunkan Al Quran,
dan Sesungguhnya Kami benar-benar memeliharanya[6]
(Surah Al-Hijr:9)
j-Membacanya beroleh pahala. Sabda Nabi SAW:
Sesiapa yang
membaca satu huruf daripada Kitab Allah ke atasnya satu kebaikan, Satu kebaikan
itu dengan sepuluh kali ganda. Aku tidak berkata alif satu huruf tetapi alif
satu huruf lam satu huruf mim satu huruf
(Hadis Riwayat At-Tarmizi)
k-Pelepas Dari Syirik
Dari Naufal bin Muawiyah RH, Sabda Nabi
SAW:
إِذَا أَخَذْتَ مَضْجَعَكَ مِنَ
اللَّيْلِ فَاقْرَأْ (يَاأَيُّهَا الكَافِرُونَ) ثُمَّ نِمْ عَلَى خَاتِمَتِهَا،
فَإِنَّهَا بَرَاءَةٌ مَنَ الشِّرْكِ.
[(د ت حم هب ك)
عن نوفل بن معاوية رضه (ن) والبغاوي وابن قانع، والضياء عن جبلة بن حارثة
رضه.(صح): الجامع الصغير(367)، (ح) المشكاة(2161)]
Apabila kamu
membaringkan badan untuk tidur pada waktu malam, maka hendaklak kamu membaca
Surah (قل يا أيها
الكافرون) kemudian
tidurlah apabila selesai membacanya. Sesungguhnya surah itu pelepas dari
syirik
[HR Abu Daud, At-Tarmizi, Ahmad, Al-Baihaqi
dan Al-Hakim: Hadis ini dinilai sahih oleh Imam As-Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir:
367) & Al-Albani ( Al-Misykat: 2161)]
l-Darjat-Darjat Surah
dalam Al-Quran
Dari Ibnu Abbas RH, Sabda Nabi SAW:
﴿إِذَا زُلْزِلَتِ﴾ تَعْدِلُ نِصْفَ القُرآنِ،وَ﴿قُل يَاأَيُّهَا الكَافِرُونَ﴾ تَعْدِلَ رُبُعَ
القُرآنِ، وَ﴿قُل هُوَاللهُ أَحَدٌ﴾ تَعْدِلُ ثُلُثَ القُرآنِ.
[(ت ك هب) عن
ابن عباس رضهما.(صح): الجامع الصغير(659)]
Surah (إذا زلزلت)
menyamai separuh al-Quran. Surah (قل ياأيها الكافرون)
menyamai ¼ Al-Quran dan Surah (قل هو الله أحد)
menyamai 1/3 Al-Quran
[HR. At-Tarmizi, Al-Baihaqi & Al-Hakim:
Dinilai sahih oleh Imam Suyuthi dalam Al-Jami As-Soghir no: 659]
m-Galakan Membaca Al-Quran
Dari Al-Barra’ bin Azib RH, Sabda Nabi SAW:
اقْرَأْ. فُلاَنُ.فَإِنَّهَا
السَّكِيْنَةُ تَنَزَّلَتْ عِنْدَ القُرآنِ.أَوْ تَنَزَّلَتْ لِلقُرآنِ
[(ق) عن البراء
بن عازب رضه]
Bacalah. Wahai
Fulan. Sesungguhnya ketenangan turun di sisi Al-Quran.
[HR Al-Bukhari &
Muslim]
Dari Ibnu Omar RH, sabda Nabi SAW:
اقْرَإِ القُرآنَ فِي أَربَعِينَ.
[(ت) عن ابن عمر
رضهما.(ح): الجامع الصغير(1330)، الصحيحة (1512)]
Bacalah Al-Quran pada 40 hari (sekali khatam)
[HR. At-Tarmizi: Hadis ini dinilai sahih oleh
Imam Sayuthi (Al-Jami’ As-Soghir :1330) & Al-Albani (Silsilah Al-Ahadith
As-Sohihah:1512)]
Dari Ibnu Omar RH, Sabda Nabi SAW:
اقْرإِ القُرآنَ فِي كُلِّ شَهْرٍ،
اقْرَأْهُ فِي عِشْرِينَ لَيلَةً، اقْرَأْهُ فِي عَشْرٍ اقْرَأْهُ فِي سَبعٍ،
وَلاَ تَزِدْ عَلَى ذَلِكَ.
[(ق د) عن ابن
عمر رضهما.(صح): صحيح البخاري وصحيح مسلم]
Bacalah Al-Quran
pada setiap bulan (sekali khatam) atau khatamkanlah ia pada setiap 20 malam
atau khatamkanlah ia pada setiap 10 hari atau khatamkanlah ia pada setiap 7
hari dan jangan lebih daripada itu
[HR.Al-Bukhari, Muslim & Abu Daud]
Dari Al-Barra’, Sabda
Nabi SAW:
حَسِّنُوا القُرآنَ بِأَصوَاتِكُم
فَاِنَّ الصَّوتَ الحَسَنَ يَزِيدُ القُرآنَ حَسَنًا
[ (الدارمي في الصلاة (ك) عن البراء.(ح): الجامع الصغير(3726)،(صح): صحيح أبي داود(1320)]
Perbaikilah (bacaan) Al-Quran (kamu) kerana (bacaan dengan) suara yang baik
itu meningkatkan kebaikan Al-Quran
[HR. Ad-Darimi &
Al-Hakim: dinilai hasan oleh Imam Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 3726) &
sahih oleh Al-Albani (Sahih Abi Daud: 1320)]
n-Pembaca Al-Quran disayangi Allah
Dari Ibnu Mas’ud RH, Sabda Nabi SAW:
ثَلاَثٌَ يُحِبُّهُمُ اللهُ عَزَّ
وَجَلَّ:رَجُلٌ قَامَ مِنَ اللَّيلِ يَتْلُو كِتَابَ اللهِ، وَرَجُلٌ تَصَدَّقَ
صَدَقَةً بِيَمِينِهِ يُخْفِيهَا مِنْ شِمَالِهِ، وَرَجُلٌ كَانَ فِي سَرِيَّةٍ فَانهَزَمَ
أَصحَابُهُ فَاستَقْبَلَ العَدُوَّ.
[(ت) عن ابن
مسعود رضه.(صح): الجامع الصغير(3552)]
Tiga golongan yang
dicintai Allah Azza Wa Jalla: Lelaki yang
bangun ditengah malam lalu membaca al-Kitab (Al-Quran), Lelaki yang bersedekah
dengan tangan kanan dan menyembunyikannya dari tangan kirinya dan lelaki yang
berjuang di medan perang pada jalan Allah.
[HR. At-Tarmizi: Hadis ini dinilai sahih oleh
Imam Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 3552)]
o-Al-Quran
itu cahaya dan jalan yang lurus
Sabda Nabi SAW:
القُرآنُ هُوَ النُّورُ المُبِينُ،
وَالذِّكْرُ الحَكِيمُ، وَالصِّرَاطُ المُسْتَقِيمُ.
[(هب) عن رجل.
(ح): الجامع الصغير(6186)، (ض): ضعيف الجامع (4140)]
Al-Quran itu cahaya
yang jelas, zikir yang baik dan jalan yang lurus
[HR. Al-Baihaqi: Dinilai hasan oleh Imam Suyuthi
(Al-Jami’ As-Soghir: 6186) & Daif oleh Al-Albani (Doif Al-Jami’
:4140) ]
p-Larangan-Larangan Tentang Al-Quran
Dari Abu Hurairah RH, Sabda Nabi SAW:
الجَدَالُ فِي القُرآنِ كُفْرٌ.
[(ك) عن أبي
هريرة رضه.(صح): صحيح الترغيب(139)]
Perdebatan tentang Al-Quran boleh membawa kepada kekufuran.
[HR Al-Hakim: Hadis ini dinilai sahih oleh
Al-Albani (Kitab Sahih At-Targhib: 139)]
Dari Ibnu Omar RH, Sabda Nabi SAW:
لاَ يَقْرَأُ الجُنُبُ وَلاَ
الحَائِضُ شَيئًا مِنَ القُرآنِ.
[(ت حم هـ) عن
ابن عمر رضهما.(ح): الجامع الصغير(9983)، (ض): إرواء
الغليل(192)]
Orang yang berjunub dan haidh dilarang membaca Al-Quran
[HR. At-Tarmizi, Ibnu
Majah & Ahmad]
Dari Ibnu Omar RH, Sabda Nabi SAW:
لاَ يَمَسُّ القُرآنَ إِلاَّ طَاهِرٌ
[(طب) دري ابن
عمر رضي الله عنهما. حسن :الجامع الصغير(9986).صحيح:الألباني(صحيح:
المشكاة (465)]
Dilarang menyentuh Al-Quran kecuali mereka yang suci (berwudhu’)
[HR. At-Tabrani: Hadis
ini dinilai hasan oleh Imam Suyuthi (Al-Jami’ As-Soghir: 9986), Sahih oleh
Al-Albani (Al-Misykat:465)]
Dari Jundab RH,Sabda Nabi
SAW:
مَنْ قَالَ فِيْ القُرآنِ بِرَأْيِهِ
فَأَصَابَ فَقَدْ أَخْطَأَ.
[(3) عن جندب
رضه.(صح): الجامع الصغير(8900)، (ض): المشكاة (235)]
Sesiapa yang berkata tentang Al-Quran dengan fikirannya sendiri lalu
benarlah pendapatnya maka beliau tetap bersalah
[HR. Abu Daud,
At-Tarmizi & An-Nasai: Hadis ini dinilai sahih oleh Suyuthi (Al-Jami’
As-Soghir: 8900) daif oleh Al-Albani (Al-Misykat: 235)]
Dari Ibnu Abbas RH, Sabda Nabi SAW:
مَنْ قَالَ فِيْ القُرآنِ بِغَيرِ
عِلْمٍ فَلْيَتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ.
[(ت) عن ابن
عباس رضه.(ح):الجامع الصغير (8899)]
Sesiapa yang berkata (mentafsir) Al-Quran tanpa ilmu, maka bersedialah
tempat duduknya (sebagai seksaan) dari api neraka
[HR. At-Tarmizi: Hadis ini sahih di sisi Suyuthi
(Al-Jami’ As-Soghir: 8899)]
q-Penawar dan Rahmat kepada Orang-Orang
Mukmin
Firman Allah Taala:
وَنُنَزِّلُ مِنَ الْقُرْآنِ مَا هُوَ شِفَاءٌ وَرَحْمَةٌ
لِلْمُؤْمِنِينَ وَلا يَزِيدُ الظَّالِمِينَ إِلا خَسَارًا (٨٢)
82. Dan
kami turunkan dari Al Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi
orang-orang yang beriman dan Al Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang
yang zalim selain kerugian.
[Surah Al-Israk: 82]
r-Masyarakat yang beramal dengan Al-Quran akan mendapat keberkatan
Dari Omar Al-Khattab RH, Sabda Nabi SAW:
إِنَّ اللهَ تَعَالَى يَرْفَعُ
بِهَذَا الكِتَابِ أَقْوَامًا، وَيَضَعُ بِهِ آخَرِيْنَ.
[(م هـ) عن عمر
رضه.(صح): صحيح مسلم]
Sesungguhnya Allah akan mengangkat martabat sesuatu kaum yang beramal
dengan al-Quran dan menghina kaum yang tidak beramal dengannya
0 Response to "keutamaan-keutamaan al-qur'an"
Post a Comment